Ramai
insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam
sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan
belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan
persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara
insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga
sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan
dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil
amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya
hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah
sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak
kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji
jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak
mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah
bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas.
Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti
ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk
insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik.
Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda
dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi
yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda
dengan insan yang tidak setia.
Anda
telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian
diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu
hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda
lakukan…
Tidak
penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan
kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan
apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau
wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala
lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak
baik…
p/s
:
Jika
ingin mendapatkan cinta yg ikhlas maka sudah seharusnya kita yg terlebih dahulu
mmberi cinta yg ikhlas. Sukailah seseorang tanpa niat lain kecuali ingin
menjadi pasangan yg halal dan mendapat RedhaNya. Cintailah sseorang kerana
agamanya. Pilihlah sseorang yg dtng tanpa manabur banyak janji. Mereka yg
memiliki cinta suci adalah mereka yg takkan mnyentuhmu sebelum dia Halal bagimu♥
No comments:
Post a Comment