Wednesday 16 November 2011

"KESETIAAN MU"


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…


p/s : 
Jika ingin mendapatkan cinta yg ikhlas maka sudah seharusnya kita yg terlebih dahulu mmberi cinta yg ikhlas. Sukailah seseorang tanpa niat lain kecuali ingin menjadi pasangan yg halal dan mendapat RedhaNya. Cintailah sseorang kerana agamanya. Pilihlah sseorang yg dtng tanpa manabur banyak janji. Mereka yg memiliki cinta suci adalah mereka yg takkan mnyentuhmu sebelum dia Halal bagimu

cinta tak semestinya memilik ^_^


Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta…indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. 

Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini.

p/s : Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Thursday 3 November 2011

Jika Namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku ^_^

salam... hye kowang.. hehehe. lama bebeno aishah x update blogger ni.. busy sngt2.. sbb aishah sibuk ngn exam projek.. ^_^...
ok mlm ni aishah nak kongsi kan beberapa story tntang sepasang kaum hawa dan adam...^_^...
hihii...
mereka sudah lama berhubungan sebagai kekasih hampir 2 tahun.. ^_^ cinta mereka berpaut ketika sesama belajar...
wanita amat menyayangi kekasih nya.. begitu juga jejaka itu... tetapi pabila masing2 jauh contohnya si lelaki berkerja dan wanita masih lg sambung belajar..... mereka agak berbeza situasi... cabaran si wanita mat berat untuk menahan kan hubungan ini... bukan bermakna si laki xjaga.. tetpi sakit , luka hati seorng wanita itu hnya die yg rasa....
menyayangi seorng yg kita sayang amat berat untuk kita lepaskan...
tetapi
 kerana sayang wanita ini sanggup hadapi apa-apa sahaja rintangan yang datang....
kerana sayang wanita ini sanggup menelan segala pahit perit untuk menjaga hubungan mereka...
dan
kerana sayang juga...
wanita itu menerima tikaman yang di berikan oleh jejaka nye...
siapa kah wanita yang sanggup menerima kecurangan pasangan nye????
siapakah wanita yang sanggup melihat pasangan nya ngan wanita lain???
siapakah wanita yang sanggup di perlakukan sebagai binatang yang langsung di anggap xde perasaan???
siap?? siapa???? siapa????
aishah rasa xde wanita yang sanggup...
sebab itu allah swt berfirman kekuatan wanita adalah air mata...  bile seorang wanita itu melepaskan segala kedukaan,kesakitan dengan air mata... ia akan jadi tabah semula....
itu sebab dikata kan wanita ini hebat...

ketika wanita ini bersendirian... die berkata di dalam hati sambil memandang langit yang biru....
JIKA BENAR LAH NAMAMU YANG TERTULIS DI LAUHUL MADFUDZ KU.. ku akn terima dirimu seadanya....dan aku xkisah siapakah kau sebelum ini.... kerana kemudian hari syurga aku adalh di bawah tapak kaki mu sayang... dan JIKA BUKAN NAMAMU YANG TERTULIS DI LAUHUL MADFUDZ KU... pergilah dari ku dan jangan ko toleh kepada ku... kerana mungkin sayang ku untuk mu adalah salah....  sesungguhnya allah maha mengetahui segalanya... ^_^

sayang nya wanita tidak terbahagi.... dan rugi lah orng yg mensia-sia kan kasih sayang setiap pasangan nya....

BERUNTUNG SEORANG LELAKI JIKA MENDAPAT CINTA PERTAMA DARI SEORANG WANITA.....

bg wanita ini... pasangan nye adalah cinta pertama dia... dan dia berharap... pasangannya tidak sia2 kan dia....


p/s: jgn sesekli.. tuk menipu or curang.. sbb almbat laun akan tahu gak.... ^_^