Bagaimana
hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari
cinta…indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau
bukan dengan kita..
Kerana
cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si
dia..
Namun
di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan
menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu
sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan
dirinya..
Kamu
merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat
dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut
berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika
hanya menunggu saat kehadirannya..
Memang
menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita
tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi
amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang
namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara
kamu dan dia..
Kadang
kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu
berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada
bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi
igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit
cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..
Tiada
manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita,
kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan
ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya
kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.
Dan
ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah..
Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung
manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam..
Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini.
p/s : Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
No comments:
Post a Comment